Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 4 November 2013

#PRKSUNGAILIMAU -SUASAN PENGUNDIAN PAGI INI !!! KECOH KE ?

Para pengundi mula memenuhi pusat mengundi sejak 7 pagi manakala Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau selesai mengundi pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan isteri mengundi di
Sekolah Kebangsaan Dulang di sini pada 8.47 pagi manakala Mohd. Azam Abd. Samat daripada Pas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pukul 8.30 pagi.
Sehingga 9 pagi ini, perjalanan PRK lancar dengan polis mengawal lalu lintas
di 17 pusat mengundi dan kawasan sekitarnya.

Proses pengundian bagi PRK Dun Sungai Limau sehingga jam 10 pagi tadi berjalan lancar.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi sehingga 10 pagi ialah 30.4 peratus iaitu seramai 4,210 orang.

Jumlah pemilih berdaftar bagi Dun Sungai Limau ialah 27,222.

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 53, bertanding melawan calon Pas Mohd Azam Samat, 37, dalam pertandingan satu lawan satu.

Pemenang bagi PRK ini akan menggantikan bekas meri bentesar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang meninggal pada 26 September lalu.

Kerusi Dun Sungai Limau dimenangi Pas sejak 1995.

Tiada ulasan: