Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 20 Oktober 2013

TERKINI KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN UMNO 2013

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli berkata pengumuman senarai penuh Majlis Tertinggi UMNO akan diumumkan secara rasmi pada pukul lima petang ini bertempat di Putra World Trade Center (PWTC).
Sehingga pukul 1.30 pagi carta kedudukan bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) sering berubah yang memperlihatkan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.
Pada sidang media kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Tan Sri Tajol hanya mengumumkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden UMNO.
Keputusan rasmi berhubung pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein  terus mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
naib-presiden-umno-vp-hishammuddin-zahid-shafie-pemilihan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperolehi sebanyak 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi 174 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin pula memperolehi 100 undi. Datuk Mukhriz Mahathir pula memperolehi sebanyak 91 undi, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masingmemperolehi tujuh undi.
Selain itu, Tajol turut mengumumkan Datuk Mohamed Aziz telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dengan memperolehi undi sebanyak 158 berbanding dua calon lain iaitu Datuk Abdul Rahman Palil yang memperolehi 25 undi manakala Ahmad Faris Abdullah gagal memperolehi sebarang undi.
Manakala Tan Sri Badaruddin Amiruddin pula terpilih sebagai Pengerusi Tetap UMNO Malaysia apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Tertinggi pula akan diumumkan petang esok.

KEPUTUSAN TAK RASMI CALON MT SETAKAT JAM 5 SUBUH TADI
KLICK GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN IMEJ

Tiada ulasan: