Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 September 2013

KHAIRY JAMALUDDIN TOLAK DEBAT DENGAN RAFIZI RAMLI

 
OPPP!!JANGAN TIDO!!! DEMI PASTIKAN RAFEZY CO..TONG DAPAT KEJANTANANNYA BALIK BILA BERTEMU DI DEWAN RAKYAT NANTI HEEEHEEE
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menolak tawaran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai kenaikan harga minyak awal minggu ini.

Menurut Ketua Pemuda Umno itu, lebih baik perkara tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat berbanding secara terbuka memandangkan Rafizi kini adalah ahli Parlimen.
"Isu ini boleh dibahas di Parlimen. Dulu saya setuju sebab dia belum lagi menjadi ahli Parlimen.
 
"Dewan Rakyat adalah pentas utama untuk ahli Parlimen berbahas. Kita nak berbahas secara mendalam, kita bahas di Parlimen," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini.
Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan itu menyarankan agar Khairy berdebat secara terbuka berhubung isu pengurangan subsidi minyak kepada rakyat.
Kata Rafizi, hanya Ahli Parlimen Rembau itu sahaja yang berani berdepan untuk berdebat bersama pembangkang.
Dalam perkembangan lain, Khairy menggesa kerajaan memastikan kebajikan rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2014 setelah membuat tindakan untuk mengurangkan subsidi bahan api Isnin lalu.

Kata beliau, pengurangan subsidi itu pasti akan turut memberikan impak kepada kenaikan harga barang keperluan lain.
Malah beliau juga meminta Kementerian Pembangunan Koperasi dan Kepenggunaan memantau kenaikan harga barangan yang tidak munasabah.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan bersama-sama membantu mengurangkan defisit fisikal melalui penjimatan serta ketirisan.
"Kerajaan (perlu) sama-sama kongsi beban untuk kurangkan defisit fiskal.
"Kerajaan mesti buktikan melalui penjimatan dan elak ketirisan berlaku.

Jelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dan bertanggungjawab dalam mengurangkan defisit itu," ujar beliau.

Tiada ulasan: