Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 September 2013

GEMPAR IDENTITI AHLI POLITIK TERLIBAT DALAM KONGSI GELAP DIDEDAH ??



Kenyataan bekas Pengarah jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan yang mendedahkan seorang bekas banduan menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang

Kerajaan telah mengenalpasti anggota kongsi gelap dalam arena politik untuk didedahkan dan dikenakan tindakan mengikut prosedur undang-undang.

Menteri Dalam negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya akan mendedahkan nama tersebut sekiranya individu tersebut individu tersebut masih lagi bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap.

"Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Pengarah jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan yang mendedahkan seorang bekas banduan menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Menurut Zaman Khan, individu tersebut pernah ditangkap di Thailand sebelum didakwa dan dikenakan hukuman penjara di Malaysia.

Jelas beliau lagi, penglibatan bekas banduan tersebut dalam arena politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti merupakan sebuah perkembangan tidak sihat kepada negara.

Tiada ulasan: