Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 September 2013

GARA GARA TAKUTKAN HILANG UNDI BUKAN ISLAM PAS BERKEMUNGKINAN BESAR TIDAK CAMPUR TANGAN DALAM MEMBERI SOKONGAN PERBICARAAN BERKENAAN KALIMAH ''ALLAH'' ESOK ?

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya esok 10.9.2013 sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah

Marilah kita bersama-sama berdoa tak kira dimana kita berada kita perbanyakkan doa kita, bermunajat dan bertawakkal agar kemenangan diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita yang selama ini berjihad mempertahankan kesucian kalimahNya dari kesyirikan dan kejahatan kaum kafir harbi

Tak perlu lh Pendekar nk bgi tahu anda semua pun tahu kan ada suara dari pemimpin dari sebuah parti tu yg memohon penggunaan Kalimah suci kita itu digunakan oleh pihak gereja


HARUN DIN TERNYATA PENDUSTA APABILA TERUS MENDIAMKAN DIRI DAN MASIH DIBAWAH TELUNJUK DAP LAHNATULLAH ....
Setiap sebelum setiap ceramah Pas mereka akan mengucapkan takbir lepas tu kutuk sesama islam kan elok selesaikan isu kalimah ALLAH yang dihina karpal hari ini dalam dada2 akhbar(lihat dibawah cerita penghinaan dap pada org2 Pas) Fahami islam sebenar selamat dunia akhirat Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11) Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta semua pihak terutama Majlis Syura Ulama Pas agar menghormati pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Pada 8 Januari, Karpal berkata Pakatan Rakyat menetapkan bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, sekali gus menyahut desakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang mahu kalimah itu digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Karpal turut mendakwa Majlis Ulama Syura Pas adalah ‘satu bahagian kecil’ dan harus mengikut ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Persoalan tentang kalimah Allah merupakan serpihan kecil daripada isu Negara Islam dan hudud yang menjadi pertikaian di antara Pas, DAP dan PKR.

Sepatutnya, persoalan ini telah selesai dan tidak perlu berbangkit lagi kerana pada 18 Disember 2009, Pas, DAP dan PKR telah menandatangani ‘perjanjian sulit‘ yang disepakati bersama di mana Pas bersetuju menggugurkan slogan Negara Islam, hudud yang menjadi roh parti mereka serta turut bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Perjanjian sulit 2009 itu diwakili oleh Presiden Pas, Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun telah terdapat ‘perjanjian sulit 2009′, namun Anwar, selaku Ketua Pakatan sering diajukan persoalan itu ketika mengadakan dialog dengan masyarakat bukan Islam.

“Orang nak cakap, nak kemukakan, kemukakanlah. Tetapi dua prinsip yang saya nak bagitahu kawan-kawan Cina kita.

“Satu, keputusan apa pun dalam Pakatan Rakyat mesti konsensus (keputusan dipersetujui bersama). Tak ada konsensus, tak adalah.

“Selama ini, saya pengerusikan hampir semua mesyuarat. Jadi, ini tidak berbangkit. Tidak ada konsensus tidak ada dalam Pakatan Rakyat.

“Keduanya, kita sebut Perlembagaan Negara itu ‘paramount’ (agung). Perlembagaan Negara itu ‘supreme‘ (tertinggi),”kata Anwar ketika mengadakan dialog bersama pemimpin masyarakat Cina di
Subang Jaya pada 8 November 2011.

Dalam dialog itu, Anwar menjelaskan beliau sering ditanya kemampuannya sebagai ketua Pakatan untuk mengawal Pas daripada terus membangkitkan persoalan Negara Islam dan hudud

“Mereka lahirkan kebimbangan. Dia sokong kita tapi dia mula persoalkan kita, “Adakah awak pasti, awak mampu mendisiplinkan mereka (Pas). Tolong jangan kejadian sama berulang.

Saya bawa concern (kebimbangan) itu kepada pemimpin Keadilan, DAP dan juga Pas, supaya hal-hal yang sedemikian tidak berulang,” kata Anwar.

Menurutnya lagi pendirian PKR dan Pakatan adalah berasaskan perlembagaan negara. BACA SETERUSNYA DI http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/02/haram-undi-pas-setelah-karpal-hina.html


Jadi persoalannya adakah anda tak nampak lagi perkongsian sebuah parti yg kononnya memperjuangkan Islam dengan parti yg memperjuangkan Agenda kristian amat merugikan kita ini terbukti di sini http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/04/agenda-sebenar-dap-didedah.html

Marilah kita sama sama berdoa juga agar saudara saudara se Islam kita dalam parti Passtt.. kembali kepangkal jalan dan sama sama dengan kita bagi menjayakan sokongan kita terhadap kes yg akan berlangsung besok

Kita telah tahu seblum ini kita berjaya menang tapi episod itu belum berakhir dan besok adalah penentunya

Dan harus diingat golongan yg kononnya memperjuang Islam ini langsung tidak datang memberikan sokongan jadi mari kita sama sama berdoa juga untuk mereka ini agar kembali kepangkal jln dan seterusnya bersama sama dengan kita hadir dan memberi sokongan padu pada peguam peguam muda kita membela kesucian Kalimah Suci kita

Tiada ulasan: