Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Ogos 2013

RUU SYARIAH (MENENTANG SYIAH):PEMIMPIN PAS MEMALUKAN DIRI DENGAN ISU TIDAK MENYOKONG MENENTANG SYIAH SECARA BESAR BESARAN


Inilah sifat Retorik yang ada pada para Pmimpin pemimpin Pas yang kononnya merekalah yang paling tinggi Islamnya di negara kita,pendek kata mereka ini sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak betul hakikatnya mereka hanya menampakkan kejahilannya kerana setiap fitnah mereka berjaya di tepis dengan fakta yang amat kukuh dan jelas.

APA YANG DI PERJUANGKANNYA HANYA BAYANG BAYANGAN sahaja kerana Hudud yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya Pendekar ANGGAP TELAH LAMA TERKUBUR DAN AKAN TERUS TERKUBUR SELAGI PAS DENGAN SIFAT PENTINGKAN KUASA (LIHAT ULASAN BERKENAAN HUDUD DIBAWAH)yakni selagi terus bersama DAP jangan mimpi lah Hudud akan tertegak dibumi Malaysia kerana DAP sudah terang nyata lagi bersuluh menentangnya dengan kuasa yang mereka ada didalam Pakatan Rakyat!!! 

Apa yang menghairankan, kenyataan dia tu hanya memburukkan Parti PAS sahaja?

Dalam isu terkini, ADUN Alor Mengkudu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah mempertikaikan Rang Undang - Undang yang dibentang baru - baru ni.

KONONnya, alasan yang dia berikan ialah kerana Rang Undang - Undang tu bercanggah dengan Undang - Undang Syariah Islam yang 'sebenar'.
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.
Dia jugak turut menjelaskan hukum - hukum yang sepatutnya dikenakan bagi kesalahan - kesalahan menurut Hukum Islam. Atau dengan kata lainnya, Hukum Hudud.

Nak tanya pada Ketua Pemuda PAS Kedah ni. Kenapa masa PAS memerintah Negeri Kedah tempoh hari, Rang Undang - Undang tersebut tidak dibentangkan?

Kenapa PAS tidak membawa usul untuk meminda undang - undang Syariah sedia ada dan mengubahnya mengikut Hukum - Hukum Islam?

Sebagai contoh, hukuman bagi mereka yang berzina. Kenapa PAS Kedah tak letakkan hukuman sebat atau rejam bagi mereka yang terlibat?

Kenapa hanya bila tiba ketika Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional, baru PAS nak mempertikaikan perkara tersebut dalam sidang DUN?

Walhal mereka ada tempoh lima tahun untuk buat usul tersebut Diulangi, LIMA TAHUN!!! Bukannya sekadar sebulan dua je tempoh masa yang diorang ada.

Sebaliknya, tempoh tersebut digunakan untuk memenuhkan poket kroni - kroni seperti membuka Insaniah Holding dan membotakkan balak yang ada di Negeri Kedah.

Itu membuktikan bahawa PAS hanya sekadar 'Mempergunakan' Islam sebagai alat untuk diorang berpolitik dan meraih undi demi kepentingan peribadi. Bukannya diorang betul - betul nak Memperjuangkan Islam sangat pun!!

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian

Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)

Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.

Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.

Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.



Bab arak zina qazaf dan lain lain memang dah wujud dalam RUU lama malah telah berkuatkuasa dari dulu. Ketika zaman Pas pun mereka guna undang undang yang sama untuk kesalahan zina, arak, qazaf  dan lain lain.. Yang hairannya Pas tak pula nak perbetulkannya supaya lebih menepati "Hukum Allah" ..

Penasihat Undang-undang Negeri menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.

"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak,"

Kalau sekarang Pas kata RUU yang dibawa untuk diluluskan dalam sidang DUN itu tak betul kenapa dulu tak pertikai?? RUU yang dibawa oleh Kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari Ahmad Yahya kononnya RUU tersebut tidak mengikut syariat Islam..

Namun Otai Pas merangkap bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Pahrolrazi berhujah mengatakan RUU itu adalah berkaitan hukum takzir dimana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa, sehingga Ahmad Yahya terkedu disekolahkan oleh bekas EXCO.

Untuk makluman semua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Dato Mufti terlebih dahulu sebelum dibawah kedalam Sidang DUN agar semua ADUN beragama Islam meluluskan RUU ini..

Tapi sayangnya Adun dari PAS menolak 100% RUU kerana bagi mereka hudud lebih penting.. Jika Adun Pas pertikaikan RUU ini tidak menepati syariat Islam, Dato Mufti orang pertama akan menegur dan minta ditukarkan sebab RUU ini melibatkan akidah umat Islam..

Jadi apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Yahya dalam akhbar sinar tentang hukum zina, arak dan sebagainya itu hanya mahu menutup isu mereka menyokong Syiah...


DISINI PENDEKAR NAK KONGSIKAN PADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SUPAYA CUBA MEMAHAMI MENGAPA NEGARA KITA BELUM LAGI DAPAT MELAKSANAKAN HUKUM INI DIMALAYSIA BUAT MASA INI

Imam Abdurrazzaq Ash-Shan'aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau, "Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya."

Penerangan mufti Qatar (sebuah negara yg belum amalkan hudud) iaitu Syeikh Dr Al Qaradhawi bahawa hudud adalah kemuncak kepada seluruh sistem kehidupan Islam, yang pastinya dimulakan dengan Aqidah yang shahih.

Beliau berkata: "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09...)

apabila berbicara berkenaan hudud, ramai org cakap hudud ni hukum potong tangan, hukum rejam dan mcm2 hukum.. pdhal bukan mcm tu nak bagi manusia kenal hudud.. keindahan hukum hudud yg tidak diceritakan

dr maza kata PAS beri gambaran salah psl hudud: 
http://drmaza.com/home/?p=1624

cuba terangkan, mcm mana nak buat hudud? sedangkan samaada umno atau pas x cukup kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan negara.. jd kerajaan mana boleh gubal/pinda perlembagaan negara sesuka ati.. sbb dlm dewan rakyat ada kerajaan, ada pembgkang dan ada mcm2 parti..

apa yg umno ckp psl hudud sama sejibik dgn apa yg ahli parlimen pas dr.dzulkefly ckp, x caya tgk video penuhnya kat tvpas sini: 
umno dan pas masing2 x cukup 2/3 kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan jd hudud, jd camne nak buat hudud?
http://www.youtube.com/watch?v=Q-Qcpe...

sy sokong hudud tp PR ngaku hudud bukan agenda PR juga.. byk alasan d beri oleh mereka.. PR berjanji nak pertahankan perlembagaan sedia ada je.. nanti dah memerintah terikat pula dgn perjanjian dalam PR.. kat mlysia dua2 sama je x dpt buat hudud:

dulu PAS boleh la ckp nak hudud sbb dulu PAS x gabung dgn parti2 lain.. skrg bila dah gabung PAS sendri kata hudud bukan agendanya..

PAS dgn DAP dah bercerai lebih 3 kali tp boleh rujuk2 balik, tu yg pelik.. mula2 dlm APU, pastu cerai.. gabung lg dlm BA, cerai jugak.. skrg dlm PR plak.. 
akhirnya PAS sendri ngaku hudud bukan agenda PR:

http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z...

video penuh forum ulama' muda UMNO menerangkan hudud kepada chua soi lek & MCA.. bila PAS nak buat forum terangkan hudud pd DAP dan karpal pula?:
http://www.youtube.com/watch?v=DQ1mSp...

penerangan hudud ustaz khazan:
http://www.youtube.com/watch?v=D3vOEl...

penjelasan hudud antara pas dan umno di sidang DUN.. nampaknya terbukti hanya pas memutarbelit kenyataan kerajaan kononnya tidak mahu laksana hudud:
http://www.youtube.com/watch?v=graKlk...

dr maza nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri: 
http://drmaza.com/home/?p=1803

selain dr maza, ustaz kazim juga nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri:
http://www.anwaraidc.com/?p=27857

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir (tolak Islam), melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)
Catat Ulasan