Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 Julai 2013

PULAU PINANG TAK KURANG HEBATNYA SEPERTI SELANGORKU MENJADI TEMPAT AKTIVITI MAKSIAT

BUTTERWORTH -Gara gara kelemahan iman serta jumlah pusat hiburan yang berlambak membuatkan anak muda sekarang lalai dengan nikmat dunia tak kiralah dari Selangor ker Pnang ker malah dikelantan pun ada juga dan terkini Sembilan wanita antara 22 individu Islam yang ditahan kerana mengambil minuman keras di premis hiburan di Seberang Jaya dan Perai di sini awal pagi tadi.
Wanita tersebut turut merupakan pelayan pelangan (GRO) di premis berkenaan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khairul Azman Azizan berkata, kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang Kesalahan 1996 kerana menggunakan apa-apa minuman yang memabukkan di tempat awam yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Sembilan wanita itu juga disiasat menurut Seksyen 47/35 kerana menggalakkan kegiatan maksiat dan boleh dikenakan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. Beliau berkata kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.
Khairul Azman berkata JAIPP turut mengeluar sembilan notis kepada sembilan pasangan Islam yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di Pantai Bersih, yang boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama

Tiada ulasan: