Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 19 Julai 2013

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN: TIADA MAAF BAGI PESALAH YANG MENGHINA ISLAM !!!

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan secara sepakat memutuskan bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh memaafkan individu yang menghina ajaran agama itu termasuk Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang dilihat menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Menurut ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Syeikh Mohd Baderuddin Ahmad, badan induk itu telah bermesyuarat tentang perkara itu dan membuat ketetapan untuk tidak memaafkan kepada sesiapa sahaja yang menyentuh dan menghina Islam.

Jelas beliau, sebagai seorang perantara Marino tidak sepatutnya mencampuri hal-hal dalam negara ini.

"Itupun tidak sepatutnya dimaafkan dan tindakan perlu diambil sebab dia telah mencampuri urusan negara kita, dia sebagai duta datang untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara kita dan bukan untuk menyentuh perkara-perkara yang sudah diputuskan dalam negara ini.
"Kita sudah bincang hari ini dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan dan sudah sepakat untuk tidak boleh memaafkan perkara-perkara seperti ini," katanya ketika dihubungi sila baca sambungan cerita ini di blog sahabat PM Di sini 
[sieman melayu maju]

Tiada ulasan: