SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad gagal dalam saman fitnahnya terhadap  bekas Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun, menolak saman tersebut kerana Khalid gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan plantif yang mengatakan artikel itu yang diterbitkan oleh defendan adalah fitnah adalah satu perkara yang subjektif  dalam sesuatu tuntutan.

Selain itu, katanya Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.

Malah menurut beliau,  tidak  terdapat dalam artikel terbabit mengenai  apa yang boleh dirujuk secara literal dan maksud biasa bahawa Khalid merupakan seorang yang murtad atau apa-apa yang berniat untuk merendah-rendahkan reputasi Khalid.

"Justeru mahkamah dapati defenden tiada niat untuk memfitnah plantiff," katanya.

Mahkamah turut mendapati, jika gambar yang didakwa  itu wujud maka artikel yang dikaitkan itu boleh disifatkan fitnah terhadap Khalid.baca artkel penuh di SH