Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 17 Julai 2013

20 PELAJAR SEKOLAH MATI AKIBAT KERACUNAN SEMALAM

PATNA - Sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak mati dan puluhan lagi dibawa ke hospital akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan secara percuma oleh sekolah mereka di Bihar hari ini.
Menurut pihak polis, kanak-kanak yang terlibat berusia dalam lingkungan lapan hingga 11 tahun jatuh sakit secara tiba-tiba selepas makan hidangan tengah hari yang terdiri daripada nasi, kacang soya dan bijian pulsa semalam.
Sekolah yang terletak di daerah Chapra itu menyediakan makanan percuma dibawah program makan sekolah terbesar di dunia, Skim Hidangan Tengah Hari. Program ini melibatkan seramai 120 juta orang kanak-kanak.
Kementerian Pelajaran India, M.M. Pallam Raju berkata, tukang masak di sekolah tersebut turut ditemui mati dan ia membawa kepada jumlah kematian sebanyak 20 orang sehingga hari ini.
Sementara itu, menurut pegawai perubatan di hospital kanak-kanak Patna,
seramai 27 orang mangsa sedang dirawat, 18 darinya stabil dan sembilan masih dalam keadaan kritikal.
Punca sebenar kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat serta ujian sampel makanan selesai, kata doktor dan pegawai kerajaan negeri.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang pelajar, Raja Yadav berkata, anaknya dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan sakit perut.
Kejadian itu juga turut mengundang berlakunya protes ganas oleh orang awam di beberapa buah jalan di Chapra.
Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengarahkan siasatan terhadap kejadian itu dilakukan dan menawarkan wang pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM 10,747) kepada waris keluarga pelajar yang telah meninggal dunia.
Reuters

Tiada ulasan: