Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 1 Julai 2013

KOMENTATOR TERKEMUKA PUJI KEMAMPUAN DS NAJIB DAN BUKTIKAN ANWAR LEMAH !!!!

ANTARA DUA DARJAT PM NAJIB DAN ANWAR BUANGAN UMNO
MELBOURNE - Seorang komentator terkemuka Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki "wibawa dan kuasa" untuk menyatukan seluruh masyarakat selepas pilihan raya umum baru-baru ini dan Beliau menyifatkan Anwar pula sebagai tidak produktif ketika didalam sinar dengan berkata ''perhimpunan yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak produktif, memusnah dan mengelirukan dan akan mengusir keluar pelaburan asing. .

"Beliau(PM NAJIB) begitu jujur, dan bila beliau berkata "Saya berhasrat mentadbir untuk semua rakyat Malaysia. Ini cukup menggalakkan," kata Tan Sri Robert Phang, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyayang Sosial kepada pemberita  di sini semalam.

Kenyataan yang paling membuatkan para penyokong pas bengang sekali ialah Beliau mengtakan"Najib adalah orang yang paling tepat untuk mengesani punca sebenar berlaku kegelisahan politik, terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Satu post-mortem perlu dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab mengapa MCA dan parti-parti komponen Cina lain dalam BN ditolak oleh masyarakat mereka sendiri.

"Mereka gagal mengadakan hubungan dengan pengundi kawasan mereka dan ini satu malapetaka. Tidak ada perwakilan Cina dalam Kabinet. Ini amat mengecewakan. Jadi sesuatu perlu dilakukan," katanya.

Phang berada di sini untuk berucap di dewan Perniagaan Cina Victoria hujung minggu ini.

"Najib telah menunjukkan dengan begitu meyakinkan bahawa beliau mahu meneruskan rancangan dan program untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

"Tetapi beliau perlu mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina dan India. Ini saya yakin, akan beliau capai," tambahnya.

"Kerana warisan keluarganya, latihan Britain, keterbukaan minda dan begitu reseptif kepada cadangan, saya yakin Najib adalah tokoh zaman ini yang mampu menyatukan negara.

"Najib banyak kali berkata "ubah, atau diubah'. Beliau memahami keseriusan situasi dan kita boleh jangkakan reform dalam Umno dan BN.

"Walaupun terdapat pengkritiknya, perdana menteri mendapat mandat besar pada pilihan raya dan beliau boleh maju ke depan dengan yakin dan dengan kuasa."

Phang berkata walaupun penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat untuk tujuan semak dan imbang, "mereka mestilah konstruktif dan berkesan dan tidak setakat melaungkan slogan dan berarak di jalan raya".

"Malaysia adalah sebuah negara indah. Saya ingin melihatnya berkembang dan makmur," kata kata Phang pada pengkhir perbualan tersebut.

Tiada ulasan: