Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Mei 2013

WAHH WAHHH WAHHH ORANG PULAU PINANG PRU13 PUN NAK DIJUDIKAN !!!!


Jurucakap PRU-13 Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, hasil risikan, polis melancarkan operasi serentak dan menyerbu tiga rumah di Sungai Nibong Kecil, Paya Terubong dan Jalan Air Itam antara pukul 3 dan 5 petang kelmarin dan menahan enam lelaki berusia antara 26 dan 55 tahun.


"Dalam serbuan ini, polis merampas wang tunai lebih RM2 juta, 12 set komputer, 67 slip pertaruhan, lapan modem, senarai kod pertaruhan dan dua kalkulator," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Siasatan awal mendapati sebanyak 40,000 tiket pertaruhan telah dijual secara dalam talian atau menerusi panggilan telefon kepada pelanggan mereka pada nilai minimum RM50 bagi setiap satu tiket.
Katanya, polis telah menubuhkan 26 pasukan risikan khas bagi memantau dan mengesan kegiatan bookie sepanjang musim PRU-13 dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Roslee berkata, suspek ditahan reman mengikut Seksyen 6(3)(a) Akta Pertaruhan 1953 bagi membantu siasatan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.
Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terpengaruh untuk mendapat wang mudah dengan cara berjudi keputusan pilihan raya kerana ia boleh menjejaskan proses pengundian secara telus.
Menurutnya, polis juga memberi jaminan bahawa keadaan adalah selamat untuk pengundi di Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab mereka hari ini selain menyarankan mereka supaya keluar awal bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Tiada ulasan: