[Riduan Mhd Nor yang kurang Bijak] |
Kalau hendak berdebat pun diatas kapasiti apa erk ? dah kalah lebih 40 kerusi pun masih kata menang...masih nak debat lagi....ditempat yg PR menang tak ada masaalah pun tapi ditempat yang kalah ada pulak yang tak kena....SPR tak perlu layan mereka ini abis cerita..
Akal anda dimana buat apa berdebat kalau hasil tak kemana kan elok berdebat dalam mahkamah kalau rasa terinaya berhujahlah kat dlam mahkamah tu kalu anda dipihak yang benar.berdebat ni hanya menambah api kemarahan jer kita ada undang2 dan gunakan dilandasan yg betul..jangan terlalu taksub sedangkan anda tidak mempunyai bukti yg kukuh hanya sekadar terikut2 fitnah yg disebar dan terus menjatuhkan hukum.
DEBAT AKAN MEMBAWA KESAN PADA PETISYEN SPR TEPAT ELAK DEBAT
Wancana debat apa jua tujuan melihat kebimbangan perjalanan Pasca PRU 13 yang dilontarkan Pemuda Pas pada SPR pastilah tidak dapat dipenuhi SPR.
Alasannya mudah ada Petisyen yang akan dibawa PR lewat pintu mahkamah.Jika SPR memenuhi permintaan Pemuda Pas pastilah semua bual bicara debat itu nanti akan dirakam.
Bayangkan kesulitan SPR.
Ketua Penerangan Pas Riduan Mohd Nor perlu memahami bahwa sesuatu yang berakhir melalui jalan mahkamah akan ada implikasinya terhadap sesuatu kes yang akan dibicarakan.
Menurut hemat saya lebih baik baik Pas, PR menyiapkan bukti yang secukupnya bagi tujuan petisyen. Ini boleh membantu Pas, PR mendapat keadilan .
Mahkamah perlukan bukti.
SPR juga perlu hati-hati dalam kenyataan media supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan suhu poltik yang masih tinggi pasca PRU 13.
Kemelut SPR dan PR timbul ekoran beberapa insiden pelaksanaan PRU 13 dilihat PR banyak kelemahan. Ekoran dari semua itu pemimpin PR meminta Pengerusi dan Timbalan SPR meletak jawatan.
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menggesa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan kerana mengelak cabaran berdebat dengan wakil PR.
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor berkata, Wan Ahmad telah menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya dan menuduh PR mahu mencari publisiti melalui debat.
Menurutnya, soalnya adalah mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul.
“Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu PRU13.
“Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlalu banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU13,” katanya.
Riduan berkata, mengelak dari bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah.
Katanya lagi, memfailkan petisyen di mahkamah adalah suatu mekanisme yang akan dibuat oleh pemimpin PR.
“Selain itu, banyak kaedah lagi yang akan dilakukan oleh PR termasuk bersidang di Parlimen, perhimpunan aman, memorandum dan lain-lain lagi kerana penipuan ini terlalu ketara dan perlu diketahui umum.
“Sekiranya beliau memberi pelbagai alasan, sebaiknya Wan Ahmad meletakkan jawatan.
“Pemimpin atau pengadil perlu berani menanggung risikonya serta bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja, bukan berselindung di sebalik media dan kuasa undang-undang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan