Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 4 Mei 2013

BN YAKIN MENANG MEJORITI 2/3



PETALING JAYA - Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah negara dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketika membuat penilaian itu kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak mustahil untuk BN mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.
"Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu dengan beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini semalam.
Najib yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009 memberitahu, perkembangan di lapangan menunjukkan BN berupaya mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.
BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia memperoleh 148 kawasan Parlimen.
Pada PRU-12 2008, BN memperoleh 140 kerusi.
Dalam pada itu, di Dengkil, ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersarapan Bersama Penduduk di Dengkil Centre Point pada sebelah pagi, Najib yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya berdasarkan penerimaan dan sambutan yang begitu memberangsangkan oleh rakyat di seluruh negara.
Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis itu.
Turut hadir calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Shariff; calon BN DUN Tanjung Sepat, Nisman Yusof dan calon BN DUN Sungai Pelek, Ng Chok Sin.
Sementara itu, di Puchong, ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang pada majlis Jelajah Perdana Menteri di Taman Puchong Permai, Najib sekali lagi mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak tertipu dan terpedaya untuk kali kedua dengan janji kosong kerajaan Selangor seperti yang ditabur pada PRU-12.
Katanya, BN mampu membawa kemajuan lebih hebat berbanding janji-janji kosong pembangkang yang tidak menjamin masa depan Selangor, sebaliknya hanya membawa kekecewaan.
"Kita minta rakyat sokong BN kerana kita telah lakukan perubahan besar dalam negara. Kita tidak janji kosong.
"Saya ingin tanya pembangkang di Selangor, apa jadi dengan janji 2008? Jangan kita dipatuk ular sebanyak dua kali.
"Cukuplah sekali kena patuk, jangan dua kali," katanya.

Tiada ulasan: