Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 20 Mei 2013

Bahagian penguatkuasaan KPDNKK dirombak


KUALA LUMPUR - Bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan dirombak bagi memastikan tindakan lebih tegas diambil terhadap peniaga yang melanggar peraturan.


Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, anggota penguat kuasa akan digantikan dengan menggunakan sistem penggiliran di setiap negeri bagi memastikan penguatkuasaan lebih telus dan berkesan.
"Ini akan kita laksanakan supaya orang tidak kenal siapa anggota penguatkuasaan kita dan dalam masa yang sama kita dapat maklumat yang lebih tepat apa yang berlaku dibawah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2013 di sini hari ini.

Tiada ulasan: