Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 30 April 2013

Anwar Ibrahim Dah Bersedia Dengan Skrip ‘PENGUNDI HANTU’ Untuk Jawab Kekalahannya



Anwar Ibrahim
Melihat kepada kesungguhan para pecacai Pakatan Rakyat mengembangkan idea Anwar Ibrahim bahawa terdapat puluhan ribu pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing, kita sudah boleh mengagak apa sebenarnya yang dirancang oleh Pakatan Rakyat.
Ada 13 perkara yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara berperingkat-peringkat. Serangan terhadap SPR dan PDRM telah lama dilakukan dalam usaha untuk mencipta persepsi bahawa agensi-agensi berkenaan akan memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 nanti.
Kepercayaan itu sudah tertanam teguh dan amat sukar digugat oleh sesiapa pun. Sehingga ke hari ini, apabila penyokong Pakatan Rakyat membuka mulut, zikir dan ratib yang keluar dari mulut mereka ialah, PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU, dan PENGUNDI HANTU.
Mereka bagaikan tidak dapat menerima kenyataan bahawa sokongan yang diterima pada tahun 2008, sudah hilang. Walaupun dari semasa ke semasa mereka cuba menampilkan kehebatan Pakatan Rakyat dengan sokongan rakyat terbanyak, realitinya adalah berbeza sama sekali. Tiada lagi kerumunan besar seperti pada tahun 2008. Tiada lagi gelombang besar seperti pada tahun 2008. Yang ada sekarang ini hanyalah CAKAP-CAKAP BESAR.
Anwar Ibrahim sekarang ini dilihat sedang mempopularkan tanggapan bahawa SPR adalah ‘pembantu’ Barisan Nasional. Pakatan Rakyat akan dikalahkan oleh SPR pada malam 5 Mei 2013 apabila memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.
Puncanya, kata Anwar Ibrahim ialah SPR membenarkan pengundi-pengundi hantu turut terlibat dalam pilihanraya umum 2013. Pengundi-pengundi hantu itu yang sebahagian besarnya adalah warga asing, akan memberikan bantuan kepada Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa.
Dek kerana itulah, anak perempuannya yang bertanding di Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah cuba menimbulkan tentang pengundi-pengundi hantu dengan hujahnya, pengundi-pengundi berkenaan menggunakan alamat yang sama dan amat meragukan.
Hujahnya itu akhirnya mendedahkan tentang kebodohan Nurul Izzah yang langsung tidak mengetahui atau menyedari bahawa kawasan Parlimen yang telah diwakilinya sepanjang 2008 sehingga 2013 itu merupakan kawasan yang pernah wujud perkampungan-perkampungan setinggan yang berkepadatan tinggi.
Bagaimanapun, UMNO-BN yang telah diberikan tanggungjawab dan kepercayaan di Lembah Pantai sebelum ‘dirampas’ oleh Nurul Izzah dengan bantuan DBKL telah membangunkan kesemua kawasan setinggan tersebut sehingga kesannya pun tidak kelihatan.
Sekaligus membuatkan golongan seperti Nurul Izzah dan para pegawainya yang buta kayu, gagal mengetahui bahawa kawasan yang mereka dipertanggungjawabkan mempunyai pengundi-pengundi yang menggunakan satu alamat yang sama seperti ‘NO.4, JALAN PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR.’
‘NO.4’ itu merupakan satu-satunya peti surat yang terletak di tepi jalan berhampiran dengan perhentian bas Sri Jaya bernombor 46 suatu ketika dahulu yang memberi khidmat kepada ribuan penduduk Kampung Pantai Dalam atau Kampung Kelantan. Peti surat serta perhentian bas berkenaan sudah lama hilang dari pandangan dan telah digantikan oleh Lebuhraya NPE.
Pakatan Rakyat, khususnya PKR, sudah menghampiri zaman gelap dan bakal dikuburkan dalam tempoh beberapa hari dari tarikh artikel ini disiarkan. Anwar Ibrahim sudah tidak ada cara lain kecuali melakukan beberapa perkara ‘bodoh’ demi mendapatkan perhatian dan sokongan yang telah hilang.
Dari semasa ke semasa, dendangan PENGUNDI HANTU telah disiulkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Segala penjelasan yang diberikan oleh SPR berhubung daftar pengundi, langsung tidak dihiraukan oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Pakatan Rakyat semakin kerap menuduh SPR sudah bersedia untuk memenangkan Barisan Nasional.
Sudah ada tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah menggerakkan kempen keganasan mereka, terutama menerusi pengeboman dan pembakaran pusat ceramah Barisan Nasional seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Keganasan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutama di Kelantan dan Kedah telah menyaksikan bagaimana kecederaan dan kerosakan telah dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Provokasi keterlaluan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, menjelaskan tentang kekalutan dan ketakutan mereka sendiri. Anwar Ibrahim umpamanya, sudah mula tidak yakin PKR, parti yang diketua-umumkan dirinya sendiri, boleh menang besar biarpun PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen berbanding PAS 73 dan DAP 51.
Isu PENGUNDI HANTU yang sedang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim sekarang ini, adalah merupakan antara usaha terdesak Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan sentimen rakyat terutama sekali penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional dan SPR. Tanpa sebarang bukti dan fakta, cukup hanya dengan tuduhan, Pakatan Rakyat sedang giat berkempen tentang bahaya pengundi hantu yang akan mengalahkan Pakatan Rakyat.
Itu skrip yang mungkin membuatkan Anwar Ibrahim tersenyum lebar sekarang ini.
SUMBER SEL13[KLICK]DISINI

Tiada ulasan: