Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 16 Mac 2013

Puteri Kiram Mulakan Jentera Maya Serang Malaysia



Jacel Kiram mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.

Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".

InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya :

@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?

Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.

@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.

Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.

MI - Ayahnya, Kiram III terpaksa minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Filipina untuk ubati sakit buah pinggangnya, puteri beliau rupanya ada gajet mahal dan berjenama serta ulang alik ke Manila naik pesawat khas !!!!! Tipah tertipu lagi...

Tiada ulasan: