Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 19 Mac 2013

MALAYSIAKINI DEDAHKAN KERAKUSAN D.A.P TAMAKKAN KERUSI DI JOHOR @BERCAKAR SESAMA SENDIRI NAMPAK !!!!

Percakaran PKR-DAP berebutkan peruntukan kerusi di Johor semakin buruk, apabila sebuah bahagian PKR berkata Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan membidas Boo (kanan) kerana mengingkari kata-katanya dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan.

"Bukan sahaja tindakannya itu tidak membantu Pakatan Rakyat untuk menawan Johor, ia juga menjadikannya (Boo) dalang utama," kata Ng.

Menurutnya, Boo telah berulang-kali melanggar perintah tutup mulut semasa sidang akhbar dan ucapan-ucapan politik di majlis makan malam.

"Dia juga bermegah kononnya DAP boleh memerintah Johor dengan sendirinya, tanpa mengambil kira perasaan parti-parti gabungan yang lain."

Boo yang merupakan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, minggu lalu mengkritik PKR kerana enggan menyerahkan beberapa kerusi kepada DAP dalam usaha parti itu mendapatkan agihan yang adil bagi kerusi parlimen di Johor.

Pada pilihan raya umum lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu lagi kerusi.

LAGI PANAS SILA KLICK DI [DAP DAKWAHKAN PAS] DAP DAPAT KERUSI PKR !!! PKR DAPAT KERUSI PAS !!!PAS DAPAT KERUSI PAS PIS PUSSSSSSS KAHHHKAHHHKAHHHKAHH !!!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sial tujuh keturunan...
Bangsa Melayu Islam tolong jangan tertipu.