Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 17 Februari 2013

Setiap inci tanah di Kelantan akan dikembalikan kepada rakyatnya sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji setiap inci tanah di Kelantan akan dikembalikan kepada rakyatnya sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pas Kelantan telah melakukan kesilapan besar kepada rakyat apabila menyerahkan sebahagian tanah di negeri itu kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.

"Kerajaan Pas banyak dosa kepada rakyat Kelantan, sebab itu kita kata kepada mereka bo la wei," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Perhimpunan itu dihadiri lebih 15,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan dan Melaka. - UTUSAN

Tiada ulasan: