Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 2 Januari 2013

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku menggunakan istillah 'Allah' !!!!!!!! ?




Persoalannya sekarang, siapakah yang akan menjawab kenyataan ahli politik DAP ini?

Kuasa ditangan kita jaganlah kita memperjudikan nasib Agama kita dengan memberi mereka ini memerintah Negara Malaysia tercinta INGAT SATU UNDI KITA PADA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA KITA KALAU PERKARA SEBEGINI DIBIARKAN fikir2kan lah Rakan-rakan semua..


 Marilah kita sama2 memohon Sultan-sultan dan Yang Dipertuan Agung supaya masuk campur dalam isu ini. 

Anda baca juga entri twitter ahli politik DAP yang mengejutkan kita : 
KLIK SINI



Jakim tegaskan kalimah Allah hanya untuk umat Islam

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat subjudis", katanya.

Tiada ulasan: