Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 24 Disember 2012

KEPUTUSAN RAYUAN UMAR MOHD AZMI BUKTIKAN YANG TUDUHAN MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK TULUS ADALAH SATU PENGHINAAN PENYOKONG PELAMPAU PAS!!!!! ?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas aktivis pelajar Umar Mohd Azmi selepas menghabiskan hujung minggunya di Penjara Kajang.
Dalam membenarkan rayuan untuk penangguhan hukuman itu,
Hakim Amelia Tee mengenakan beberapa syarat ikatjamin yang ditambah daripada RM1,000 kepada RM5,000.
Tee juga mengarahkan Umar (kanan) menghadiri prosiding rayuan mahkamah berikutnya dan mengelak terlibat dalam kesalahan yang serupa.
“Jika dia didapati berbuat demikian (terlibat dalam kesalahan yang sama), pihak pendakwaan hendaklah memohon membatalkan serta-merta ikat jaminya. Kemudian dia (Umar) hendaklah menjalani hukumannya serta-merta,” katanya.
Bercakap di luar bilik mahkamah kemudian, bapa Umar, Mohd Azmi Mohd Amin berkata keluarga akan membayar ikatjamin hari ini.
Katanya, beliau ber bersyukur hukuman anaknya telah ditangguhkan dan mereka akan ke Penjara Kajang untuk mengambil Umar.

Tiada ulasan: