Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 8 Februari 2014

RTM siasat penglibatan pelakon dalam video sindiran sempena Tahun Baru Cina

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail.
PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiasat dengan terperinci penglibatan seorang pelakon sitkom 88 Kopitiam yang didakwa terlibat dalam klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina pada 31 Januari lalu.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail dalam satu siaran media berkata, pihaknya turut mengarahkan sitkom berkenaan diberhentikan siarannya buat sementara waktu.
“RTM akan memanggil penerbit program berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut dan akan memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran video membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang tersebar luas di laman Youtube sejak Isnin lalu.
Dalam pada itu, Norhyati berkata, RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program yang memburukkan nama dan imej negara.
“RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk- burukkan nama dan imej negara dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Sitkon 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7.00 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina yang berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja. – mStar

Tiada ulasan: