PORT DICKSON - Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang, R. Vinthan maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di Chuah dekat sini semalam.
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 petang itu, Vinthan, 56, yang menunggang motosikal jenis Modenas dikatakan dalam perjalanan dari Chuah menghala ke Port Dickson.
Jurucakap polis berkata, sampai dilokasi kejadian motosikal mangsa dikatakan terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan sebelum terjatuh di atas jalan.
“Pada masa yang sama sebuah kereta dari arah belakang yang tidak sempat menggelak lalu merempuh mangsa dan motosikalnya.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Telok Kemang maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,'' katanya di sini semalam melalui.sumber ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan