KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai setiausaha agung MCA yang baharu manakala Datuk Yoo Wei How dipilih sebagai setiausaha penganjur.
Dua jawatan tertinggi itu antara 83 jawatan yang diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat pertama di sini, Khamis, selepas pemilihan parti 21 Disember lalu.
Pelantikan lain yang diumumkan termasuk bagi 13 jawatan pengerusi perhubungan negeri.
Liow berkata pelantikan itu diputuskan dalam semangat berpasukan dan kerjasama utuh bagi membantu parti melancarkan proses reformasi dan transformasi secepat mungkin.
Pengerusi perhubungan negeri yang dilantik adalah Datuk Chua Tee Yong (Perlis), Datuk Lee Chee Leong (Kedah), Datin Paduka Chew Mei Fun (P.Pinang), Datuk Dr Mah Hang Soon (Perak), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Selangor dan Melaka), Datuk Yew Teong Look (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Wee Ka Siong (Johor dan Negeri Sembilan), Datuk Hoh Khai Mun (Pahang), Datuk Toh Chin Yaw (Terengganu), Datuk Dr Hou Kok Chung (Kelantan) dan Wilfred Yong Chen Leong (Sabah).
-Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan