Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Disember 2013

Syiah : Mat Sabu harus nyata pendirian


SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disyaki Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah disaran tampil memberikan penjelasan berhubung pendiriannya untuk dinilai masyarakat.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, isu dakwaan yang melibatkan keraguan ibadah tidak sepatutnya dijadikan agenda politik parti sebaliknya diselesaikan melalui pendekatan melalui penjelasan.

“Mat Sabu diserang kerana beliau ‘pemain utama’ dalam partinya, tidak aneh sekiranya Timbalan Presiden Pas diserang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana ini memang mainan orang politik.

“Dalam isu ini kalau betul nak selesaikan,  kita ada ulama dari Pas dan juga Umno. 

"Dakwaan seumpama ini boleh dibersihkan sekiranya individu terbabit tampil kemukakan bukti yang meyakinkan dirinya tidak terlibat dengan ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat,” katanya ketika sesi muzakarah selepas pembentangan kertas kerja Perkahwinan Antara Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan Mazhab, semalam.SH

Tiada ulasan: