Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 15 Julai 2013

TERKINI !!!! PEMBANGKANG FAIL SAMAN TERHADAP SPR BERHUBUNG DAKWAT KEKAL

SPR TIDAK GENTAR SPR TAK HERAN LAH PR KIKIKIKI
Hari ini tiga parti pembangkang dan lima individu hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon deklarasi keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas yang diumumkan SPR bagi kesemua 222 kerusi Parlimen adalah batal dan tidak sah,

Apa yang tidak sahnya Admin pun tidak tahu lah kononnya pasal dakwat kekal,kalau pasal dakwat kekal berapa Ramai yang ditangkap Pihak Pakatan ini orang yang mengundi dua kali dari kalangan orang Umno dan setahu PM laada sorang yang mengaku mengundi dua kali dan dengan bodohnya mengaku mengundi dua kali tapi itu orang PR sendiri dan ini bermakna PR lah yang menipu dalam isu dakwat ini jadi apa yang tidak adilnya


Sehubungan itu  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini. 

Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan. 


"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang. 



"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Pahang di sini. 

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU13 perlu dibuktikan di mahkamah. 

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara. 

"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara sudahpun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terbabit dengan permohonan petisyen," katanya.

PAS, DAP dan PKR serta tiga calon PRU13, Dzulkefly Ahmad, M Manogaran dan Saifuddin Nasution Ismail, serta dua pengundi Arifin Abd Rahman dan R Abbo selaku plaintif memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Tommy Thomas. 


Mereka menamakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan lima anggota SPR, Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin sebagai defendan. 



Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua mereka mendakwa SPR gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dan dengan niat jahat dan secara tidak jujur mengamalkan penipuan ke atas pengundi dengan penyalahgunaan dakwat kekal untuk mengundi pada PRU13. 

Mereka mendakwa SPR merancang dan mengamalkan penipuan ke atas pengundi dengan sengaja membenarkan dakwat kekal dilemahkan supaya ia senang dibersihkan supaya pengundi yang tidak jujur dapat mengundi dua kali. 

Plaintif antara lain memohon perintah mahkamah supaya pilihan raya umum baharu diadakan dengan adil dan bebas. 

Mereka memohon perintah supaya kesemua defendan dipecat serta-merta daripada jawatan sebagai anggota SPR selain memohon ganti rugi teladan, ganti rugi am, faedah atau relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


psssttt..Kita lihatlah perangai orang yang tak tahu malu ni Rakyat dah buat Undian dan terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka,cerminlah parti awak itu dulu baru fikir kenapa PR kalah huuuhuuu 

Tiada ulasan: