MELAKA - Selepas seorang lelaki ditangkap ekoran mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara (KPN) di Facebook pada minggu lalu, kini seorang lagi lelaki yang menggelarkan diri sebagai Tailong Man dicari bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman sosial sama untuk melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis.
Pemilik akaun Facebook Tailong Man yang meletak pekerjaannya sebagai pembunuh upahan dipercayai meletakkan status mengancam untuk membunuh polis rentetan daripada kejayaan polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng di sini pada Khamis lalu. Akaun Facebook yang menjadikan imej Buddha sebagai gambar profil dibuat pada 12 September lalu dan sehingga semalam dia mempunyai 106 kawan di akaun tersebut.Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan