Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran kita sekarang berikutan penyebaran risalah ini yang telah disebarkan secara meluas semasa program futsal anjuran Puteri UMNO Kuala Besut di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.
Apa apa pun kita sama-sama menantikan jawapan rasmi dari Presiden NGO masing-masing berkenaan isu ini kan mana lah tahu bukan Pihak Umno yang menyebarkannya atau pun sebaliknya
Kalaupun ada sebilangan seperti GPMS, MBM, malah PEKIDA yang menafikan tentang hal ini namun jika PERKASA mengatakan yang memang mereka mahukan gabungan parti Melayu di Terengganu memang tidak dapat disangkal lagi. Baru-baru ini juga menerusi Presiden PERKASA, Dato' Ibrahim Ali menegaskan yang mereka tidak akan memberi sokongan lagi kepada kepimpinan UMNO jika hak bangsa Melayu yang lama mereka perjuangkan tidak pernah di layan oleh barisan menteri kabinet malah Perdan Menteri sendiri.
Tetapi apa-apa pun kita masih menunggu jawapan rasmi dari presiden masing-masing berkenaan pengedaran risalah ini yang diyakini dapat memberi imej yang negatif kepada persatuan yang terbabit.
cerita ini diolah serba sedikit mengikut gaya penulis dan sumber cerita asal sila klickb di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan