MUAR - Sebanyak 211 buah sekolah rendah dan menengah di Muar dan Ledang ditutup mulai tengah hari ini berikutan keadaan indeks pencemaran udara (IPU) sudah mencatatkan 350 di kedua-dua daerah itu iaitu sudah melebihi tahap bahaya.
Pegawai Pelajaran Muar, Ahmad Othman berkata, surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan ke semua sekolah dan akan ditutup selama beberapa hari bergatung kepada perkembangan IPU semasa.
IPU 0 hingga 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak shiat (201-300) dan berbahaya (melebihi 301)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan