Kisah seorang ibu, Izan Suhaila Mohd Ali dan anak kecilnya yang baru berusia 14 bulan yang dilarang oleh kakitangan Air Asia dari menaiki penerbangan pulang ke Malaysia membuatkan mata penulis bergenang seketika kerana masih ada sikap manusia yang begitu zalim didunia ini.
Di tinggalkan di bumi asing bersama bayi kecil adalah satu perkara yang cukup tragis sekali untuk dikenang, ia amat zalim dan tak sepatutnya berlaku sedemikian tapi ia telah berlaku dan yang lebih menyedihkan orang yang melakukan itu melibatkan orang melayu sendiri
Tak sangka sifat kemanusiaan sudah semakin hilang disebabkan kepentingan perniagaan dan keuntungan, tiada tolak ansur dan budi bicara langsung.
Kejadian ini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Air Asia. Setakat mendesak pihak terbabit meminta maaf sahaja tidak menjamin ianya tidak akan berulang.
Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau..
mari kita lihat apa perkara yang terjadi sehinggakan semua Rakyat begitu marah dengan Air Asia:
Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam. Baca lagi di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan