Isnin, 20 Mei 2013

TAHNIAH AZRAN CEO AIR ASIA YG ZALIM MENGHALAU BANGSA MELAYU SENDIRI DI NEGARA ORANG!!!



Kisah seorang ibu, Izan  Suhaila Mohd Ali dan anak kecilnya yang baru berusia 14 bulan yang dilarang oleh kakitangan Air Asia dari menaiki penerbangan pulang ke Malaysia membuatkan mata penulis bergenang seketika kerana masih ada sikap manusia yang begitu zalim didunia ini.

Di tinggalkan di bumi asing bersama bayi kecil adalah satu perkara yang cukup tragis sekali untuk dikenang, ia amat zalim dan tak sepatutnya berlaku sedemikian tapi ia telah berlaku dan yang lebih menyedihkan orang yang melakukan itu melibatkan orang melayu sendiri

Tak sangka sifat kemanusiaan sudah semakin hilang disebabkan kepentingan perniagaan dan keuntungan, tiada tolak ansur dan budi bicara langsung.
Kejadian ini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Air Asia. Setakat mendesak pihak terbabit meminta maaf sahaja tidak menjamin ianya tidak akan berulang.

Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau..

mari kita lihat apa perkara yang terjadi sehinggakan semua Rakyat begitu marah dengan Air Asia:
Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan  lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur  dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu  Malaysia ).

Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan  saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan  mengajukan soalan.

"Ada masalah apa puan?"

"Kakitangan  Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga,  dua belas orang,  datang  ke Ho Chi  Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar  ibu bayi,   Izan  Suhaila Mohd Ali,  36 tahun.

"The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft," arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.

Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan  keperluan  asas Izan dan anaknya,  Maryam  sukar dipisahkan.  

Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.

"So, all twelve had to stay  then ,"  balasnya.

"I understand the situation, law is a law but  don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision," balas saya.

Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam. Baca lagi di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan