Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 12 Mei 2013

Perhimpunan Pakatan Rakyat di Batu Kawan akibatkan kesesakan teruk Dan Menyusahkan Penduduk Tempatan !!!

Perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13  dihadiri oleh pemimpin pakatan, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang tak habis-habis menyusahkan dan menggangu Rakyat. 

Bagaimanapun, perhimpunan itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform termasuk unit trafik menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk ditambah pula dengan kebodohan serta kebiadapan peserta himpunan yang sesuka hati meletak kenderaan sehingga ada yangmeletak kenderaan sehingga ketengah jalan. 


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilihat begitu terdesak apabila terus menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan pakatan yang akan diadakan di seluruh negara. 

Beliau juga dilihat menanam sentimen kebencian apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil. 


Kesesakan teruk sehingga 10 kilometer itu berlaku berikutan peserta perhimpunan meletakkan kenderaan sesuka hati dan keadaan diburukkan lagi apabila penganjur gagal menyuraikan trafik kerana hanya terdapat satu laluan untuk masuk dan keluar dari kawasan stadium itu Ada juga peserta yang meletakkan kenderaan mereka di tengah jalan raya dan itu memburukkan keadaan. Kami penduduk di sini sangat kecewa kerana perhimpunan berkenaan menyusahkan orang ramai luah hati seorang penduduk tempatan disitu

Tiada ulasan: