Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 11 Mei 2013

Bomoh tua kemaruk seks

Zaman sekarang ni jangan lah sesekali kita percaya sangat dengan Bomoh kerana banyak orang dah terkena dengan penipuan sebegini jadi mangsa Bomoh gila seks tak pasal-pasal bagi bomoh tua ni sedap2 dapat mandikan dia heehee abis semua kena raba kena cium adoiii apa nak jadi dengan dunia sekarang lain kali nak suruh bomoh tu mandikan suruh bomoh tu pegi balik merepek jer kerja nya ni heeeheee.

Gara-gara ingin mendapatkan zuriat, seorang kerani sebuah syarikat swasta yang menjalani rawatan tradisional dicabul seorang bomoh, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai dicabul suspek kira-kira jam 6.15 petang di dalam bilik air rumah mangsa di Muadzam Shah.

Menurutnya, suspek berusia 62 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang memandikan mangsa, kononnya sebagai rawatan pemulihan.

“Semasa memandikan mangsa, suspek memeluk, meraba dan mencium mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Bagaimanapun Johari berkata, wanita terbabit tidak berani melawan kerana menganggap ia sebagai prosedur yang perlu dijalaninya bagi mendapatkan rawatan tersebut.

“Mangsa yang berasa curiga kemudiannya mengadu kepada suaminya yang dia dicabul bomoh tersebut dan setelah berbincang mereka memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Johari berkata, mangsa dan suaminya itu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah pada jam 2.30 petang, Rabu lalu.

Beliau berkata, polis kini menahan reman suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

sumber sinar harian

Tiada ulasan: