SEBELUM ANDA BACA INI PESANAN PM PADA RAKAN2 DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN KERANA NAK ADIL YANG MACAM MANA LAGI NI PAKATAN PEMBANGKANG KERANA SPR SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK SILA KLICK !!!!
Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk membuktikan bahawa rakyat masih menyokong pakatan itu.
Sebagai permulaan, ujar Anwar, Sabtu ini beliau akan bersama-sama pimpinan tertinggi PR ke Pulau Pinang untuk menunjukkan pertarungan sengit antara rakyat dengan keraajan yang korup.
"Saya menggalakkan semua warga Pulau Pinang Sabtu ini untuk berpakaian hitam. Kami akan pastikan dan buktikan tidak kurang daripada 30 kerusi Parlimen yang dirampas BN, dalam siri jelajah ini," katanya ketika berucap di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.
Ini perhimpunan pertama besar-besaran yang disertai antara 50,000 hingga 100,000 orang sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan Ahad lalu. Penganjuran perhimpunna ini disertai oleh rakyat pelbagai umur, kaum dan agama, di sebalik dakwaan bahawa 'tsunami Cina' menjadi faktor utama mempengaruhi keputusan PRU13.
PR tidak mengiktiraf keputusan yang diumumkan Ahad lalu atas alasan wujud banyak penipuan dan penyelewengan.
Barisan Nasional dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh 133 kerusi manakala baki 89 oleh PR.
Anwar yang juga Ketua Umu PKR mendakwa PR tidak akan berundur dan menyerah kerana pihaknya sebenanya telah memenangi Pilihan Raya Umum Ahad lalu.
Tambah beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengetuai perhimpunan sama di Rusila, Terenggaanu.
Perhimpunan PR bertemakan "Suara Rakyat Suara Keramat" diadakan untuk membantah keputusan PRU13.
Sambil mengulangi keputusan PRU13 lalu sebagai tsunami rakyat Malaysia, Anwar tetap menolak kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan ia adalah tsunami pengundi Cina.
"Apa salah orang Cina berdiri untuk mempertahankan hak mereka? Sehubungan itu, mulai sekarang kita perlu kerja lebih kuat," katanya lagi.
Dalam pada itu, di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama Pas.
Laporan Harakah Daily menyebut bahawa mereka memenuhi pekarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan Pas dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.
Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan