Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 17 April 2013

PAS wajibkan derma RM100 seorang dari peserta Ladang rakyat untuk dana PRU13


Belum pun habis kontroversi Ladang Rakyat di Kelantan, PAS Kelantan dikatakan telah meminta peserta-peserta Ladang Rakyat memberikan derma wajib berjumlah RM100 setiap peserta untuk dana PRU13 DUN Demit. Peserta-peserta diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen. Beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula.KLICK DISINI

Ingat untungkah nak jadi peserta Ladang Rakyat? Masih ingatkah kejadian pada awal Februari tahun ini. Peneroka Ladang Rakyat dikehendaki hadir satu majlis indoktrinasi yang kononnya di panggil "Jati Diri Ladang Rakyat". Kehadiran program Jati Diri kepada peserta Ladang Rakyat adalah wajib. Yang tidak hadir akan dilucut kelayakan untuk mendapat dividen Ladang Rakyat.

Sebenarnya program ini merupakan sessi menindroktrinasi dakyah PAS dengan menggunakan unsur ugutan dan agama Islam untuk menakut-nakutkan para peserta yang terpaksa mengikut kehendak PAS dalam mana-mana program anjuran mereka seperti demo BERSIH, meramaikan majlis PAS dan banyak lagi aktiviti untuk menepati hasrat parti.

Sekarang lain pulak halnya. Belum pun habis kontroversi indoktrinasi Ladang Rakyat di Kelantan, PAS Kelantan dikatakan telah meminta peserta-peserta Ladang Rakyat memberikan derma wajib berjumlah RM100 setiap peserta untuk dana PRU13 DUN Demit.

Peserta-peserta diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen. Beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula. Akhirnya nama saja peserta Ladang Rakyat tapi bukan buka ladang dan perbaiki ekonomi diri dan keluarga tapi jadi lembu yang diperguna PAS. Hamjad betul!!!



Tiada ulasan: