Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 25 April 2013

Malaysia belum kondusif untuk laksanakan hukum hudud


BUKIT MERTAJAM - Bekas Mufti Perlis Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan keadaan di Malaysia masih belum kondusif untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan seperti yang dilaung-laungkan Pas sehinggalah beberapa syarat dapat dipenuhi.

Katanya, antara syarat-syarat itu ialah memberi pemahaman dan dakwah terhadap semua rakyat terutamanya bagi orang bukan Islam untuk memahami mengenai Islam sebagai satu cara hidup.
Beliau berkata, selain itu sebelum bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud, negara hendaklah memastikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera dan memastikan hak-hak mereka terpelihara.
"Setelah manusia dapat makan dan hidup aman dengan baik dan sejahtera, hak semua orang dapat, tapi ada juga yang (orang) sengaja nak mencuri tanpa sebarang keperluan...masa tu kita (boleh) cakap pasal hudud,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan calon
Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh Dr. Mazlan Ismail.
Mohd Asri berkata, dalam keadaan sekarang, mana-mana parti politik yang memerintah di dalam negara tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud itu lagi.
Beliau berkata, jika Pas memerintah pun mereka tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan cadangan mereka untuk berbahas mengenai hukum itu juga tidak akan mendatangkan sebarang hasil malah hanya akan mengundang perbalahan sesama sendiri.
"Nabi (Nabi Muhammad S.A.W) tidak datang potong tangan pencuri, baginda datang memberi makan kepada manusia dan memberi keadilan kepada manusia,” katanya.
"Lebih baik bercakap soal apa yang mereka boleh buat untuk negara pada masa depan...jangan angan-angan (perkara) yang belum tentu wujud,” katanya.
Akhbar hari ini melaporkan DAP bertegas menentang sebarang usaha Pas meminda perlembagaan persekutuan untuk memasukkan hukum hudud sebagai satu undang-undang tertinggi negara jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyifatkan hasrat rakan sekutunya itu sebagai tidak munasabah dan boleh menimbulkan krisis perundangan jika hukum hudud dilaksanakan. - Bernama

Tiada ulasan: