Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 25 April 2013

DIARI PEJUANG:Petikan dari Doktor Umum..Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad :BHGIAN 2


Rentetan dari siri pemujukan British untuk berkuasa di Tanah Melayu, Mac Donald, seorang diplomat yang cukup pintar, berjaya meyakinkan Dato' Onn bahawa membenarkan orang bukan Melayu menyertai UMNO adalah langkah tepat. British bimbang jika Melayu memegang tampuk kuasa selepas merdeka, mereka mungkin menindas kaum lain dan ini akan menjejaskan pelaburan British. 

Kebimbangan mereka mengenai dasar kepelbagaian kaum di Tanah Melayu bukanlah bersabit hak asasi manusia, tetapi dipacu oleh kepentingan perniaagaan. 

Dato' Onn tersilap membaca perasaan orang Melayu terhadap orang Cina apabila membawa cadangan itu kepada Majlis Tertinggi UMNO. Majlìs secara tegas menolaknya dan sebagai seorang yang berhemah tinggi, Dato' Onn tahu kedudukannya dalam UMNO tidak dapat dipertahankan lagi. Beliau keluar dari UMNO dan peristiwa ini sangat

mendukacitakan kerana sepatutnya beliaulah mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Terdesak tanpa pemimpin berkaliber, UMNO berdepan dengan cabaran mencari ketua baru. Tun Razak Hussein, pemimpin paling kanan yang masih tinggal, mencadangkan nama Tunku Abdul Rahman walaupun ketika itu Tunku belum terbabit dengan UMNO. 


Dua orang lain yang menyatakan kesediaan menggantikan Dato' Onn ialah Haji Ahmad Fuad dan Haji Mohamad Yusof. Dalam pertandingan memilih ketua parti, Tunku menang besar dan kecewa dengan keputusan itu, Haji Ahmad Fuad keluar dan menubuhkan Parti Islama Se Tanah Melayu atau PAS.

Tiada ulasan: