Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 9 April 2013

FAKTA MENJELAS DAN PENCERAHAN BAHAWA BN TIDAK MENIRU MENIFESTOR PAKATAN PEMBANGKANG

   BUKTI SERTA FAKTA DETAIL BAGI MENJAWAB KONONNYA BN TIRU MENIFESTOR PR:

Mengulas manifesto pakatan pembangkang yang bercadang menghapuskan 70 peratus cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bagi menurunkan harga kereta.:LOGIK KER 70% kalau pembangkang kata BN tiru pembangkang BN tak turunkan 70% Macam pembangkang Buat tanpa fikir masaalah dibelakang hari kerana pembangkang janji sekadar janji

Harga jualan kereta import di negara ini menurun antara RM2,000 hingga RM14,000 sejak dua bulan lalu tanpa kerajaan perlu menghapuskan cukai eksais kereta. ia hasil perbincangan dengan pengeluar kereta multinasional yang dipasang di negara ini supaya menggunakan komponen tempatan berbanding komponen import, selain meminta pihak terbabit mengubah strategi jualan bagi menurunkan harga kereta.  cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan cukai eksais kereta bagi menurunkan harga kereta sebagai pendekatan ‘simplistik’. 

Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

1) Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat.

Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

2) Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.

Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

3) Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

‘Status quo’, kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

4) Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka? 

5) Tentang isu turun harga kereta, BN komited ini boleh dilaksana kerana kejayaan rundingan di peringkat AFTA dan FTA. Hakikatnya, harga kereta sudah mulai turun 3%-5% sejak awal 2012. Duti import kereta dari Jepun dan Australia diturunkan dari 15% dan 13.6% sehingga 0% pada tahun 2016.

Malahan, harga kereta RM25,000 sebaimana yang dijanjikan PR, sebenarnya sudah ada dalam pasaran. Rakyat boleh mendapatkan Perodua Viva pada harga tersebut. Andai digunakan method PR, penghapusan cukai eksais dan lelongan AP lebih membawa mudarat kepada ekonomi.

6) Seperkara lagi, Aku Janji BN menawarkan komitmen menyemak Dasar Automatif Nasional untuk menurunkan harga kereta dan meningkatkan daya saing kereta nasional. Aspek peningkatan daya saing kereta nasional langsung tidak dinyatakan dalam dokumen Manifesto PR.

Kerajaan BN insaf terhadap bebanan hutang ditanggung rakyat jika harga kereta tinggi, namun dalam masa yang sama, kita wajar mempertimbangkan survival kereta nasional. Pemfokusan serampang dua mata ini tidak pun dibuat PR, apakah kewajaran dituduhnya BN meniru?

7) Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.

8) Laporan Audit Negara merekodkan tiada Rumah Mampu Milik dibina di Kedah, kondomium mewah mencecah RM700ribu banyak dibina di P.Pinang dan isu kondomium mewah yg dikatakan bakal mengutamakan warga luar di Datum Jelatek, Selangor. Jika itu 'track record'nya, secara jujur, Aku Janji BN lebih meyakinkan dan tiada unsur penciplakan.

Analoginya, nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Restoran PR lebih awal memperkenal menu ‘Nasi Rakyat’ dan Restoran BN turut memperkenal menu ‘Nasi Impian Rakyat’. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.

Mudahnya, pimpinan PR sudah kekeringan modal dan berada dalam situasi panik kerana ramai pihak mengangkat dokumen Aku Janji, Manifesto BN PRU-13 sebagai holistik dan realistik terutama dalam mendahulukan rakyat.

Benar, kita tidak mengangkat roh reformasi sebaliknya BN tekad menjunjung jiwa transformasi demi rakyat 1Malaysia. Saf BN percaya harapan rakyat bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti.

Rakyat Didahulukan- Menepati Janji,Membawa Harapan

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

Tak jejas pendapatan negara

Mengulas Manifesto Barisan Nasional (BN) yang turut menawarkan penurunan harga kereta 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun selain memastikan daya saing pengeluar kereta nasional ditingkatkan, Mukhriz berkata, ia dilakukan secara terperinci tanpa menjejaskan pendapatan negara.


Semakan semula Dasar Automotif Nasional juga dilakukan dengan memfokuskan kepada usaha memperkasakan industri automotif negara secara menyeluruh.

“Kita lihat kepada pengeluaran enjin dan bukan hanya memasangnya di sini. Ia akan babitkan pelaburan besar, bukan saja infrastruktur, malah modal insan,” 


Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:


1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.  Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1

Harga kereta
Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Fakta: 

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2

 Dasar Perumahan
Manifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3

Keretapi laju
Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4


Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)

Dakwaan 5

Royalti Petroleum
 Manifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Fakta

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6

Permit Teksi
Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7

“Pengkalan” data
Manifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).

Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8

Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9

Pakej penggajian baru
Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
Fakta

Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.
Sumber :gabungan maklumat rakan2 &:
DISINI DAN http://www.mykmu.net/www.manifestopru13.com


Tiada ulasan: