PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya komited untuk membantu masyarakat India di negara ini mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus.
Perdana menteri berkata kerajaan akan membantu MIC, parti yang mewakili masyarakat India menerusi beberapa inisiatif supaya jumlah penyertaan ekuiti kaum India dapat dikembangkan.
"Mungkin ada beberapa usaha mereka (MIC) yang tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan...saya percaya intervensi kerajaan amat perlu, jika tidak, mungkin jumlah sasaran ekuiti itu sukar untuk dicapai," katanya dalam program 'Helo Malaysia' versi Tamil terbitan BernamaTV di saluran Astro 502, malam ini.
Dalam wawancara khas itu, Perdana menteri bercakap kira-kira sejam kepada wartawan Bernama - Michael Savarimuthu dan K Ghandi - mengenai pelbagai program meningkatkan taraf hidup masyarakat India dan beliau berharap kaum itu terus memberi mandat kepadanya pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Najib berkata, menyedari masyarakat kaum India agak ketinggalan, beliau komited untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka menerusi pelbagai inisiatif untuk menguruskan transisi daripada masyarakat yang hidup di ladang dan estet, kepada masyarakat yang hidup di bandar. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan