Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 9 Februari 2013

CARTA TIGA LEMBU PAS TERTONGONG MINGGU INI JATUH KEPADA !!!!! ?

KASI PANAS!! Benarkah Projek Lembu NFC Gagal? Siapakah Manusia Lembu PALING TONGONG MINGGU ini JENG....JENG....JENG...MARI KITA SAKSIKAN DI DALAM GAMBAR YANG PM SEDIAKAN...?


TANJONG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membidas sikap pembangkang kerana mengelirukan rakyat mengenai isu kontroversi projek ternakan lembu feedlot di bawah kendalian syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

"Mereka pembangkang sendiri keliru tidak faham apa yang mereka cakap, jadi apa yang mereka cakap menyebabkan rakyat menjadi bertambah keliru," katanya.

Beliau menjelaskan, pertama sekali NFC bukanlah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)tetapi ia adalah syarikat sendirian berhad yang memasuki tender terbuka bagi membangunkan projek ternakan fidlot.

"Tidak bermakna namanya ada perkataan "Nasional" bermaksud ia ada kaitan dengan kerajaan, katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan MIC Parlimen Tanjong Karang.

Oleh itu, kementerian beliau tidak ada kuasa untuk memeriksa perjalanan sesebuah syarikat sendirian berhad jika wujud penyelewengan dan sebagainya, kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail di lobi Dewan Rakyat pada Khamis bahawa kemudahan pinjaman mudah yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli sebuah kondominium mewah menerusi maklumat yang diperolehi daripada akaun NFC di CIMB Bank di Taman Tun Dr Ismail.

Oleh itu, jika pembangkang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan kewangan NFC, mereka bolehlah bertanya sendiri dengan syarikat sendirian berhad itu bagi mendapat maklumat, katanya.

Bagaimanapun, Noh berkata kerajaan menyalurkan kemudahan pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC menerusi satu akaun khas yang dibuka di Malayan Banking Bhd.

Beliau berkata, pinjaman itu hanya boleh disalurkan kepada NFC setelah mendapat sokongan seorang pegawai daripada Kementerian Kewangan dan seorang pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sebuah agensi di bawah kementeriannya.

Setakat ini, RM181 juta telah dikeluarkan oleh NFC dan daripada sejumlah permohonan yang dikemukakan, kebanyakannya berkaitan dengan ladang lembu dan tiada permohonan untuk membeli kondominium yang dikemukakan, katanya.

Noh berkata, kerajaan hanya mengawal daripada segi pengeluaran wang dari akaun khas itu dan memastikan 8,000 ekor lembu daging dihasilkan dalam tempoh tiga tahun oleh NFC.

Kementerian tidak boleh mengawal NFC daripada segi apa yang dilakukan terhadap wang pinjaman berkenaan.

Benarkah NFC bermasalah?

"Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.

Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC. Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.

Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar.

Dalam rujukan yang diberikan diatas kita telah jelas bahawa Projek Ternakan Lembu tersebut adalah projek yang mana menghasilkan daging lembu buat rakyat Malaysia. Malah dalam kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa Syarikat National Fidlot Coporation mendapat Pinjaman dan bukannya Wang yang diberikan begitu sahaja kepada mereka.

Untuk makluman Projek Lembu ini sebenarnya amatlah bagus untuk rakyat Malaysia khusunya orang Islam itu sendiri. Daging yang ada hari ini dipasaran kebanyakkan nya adalah diimport dari India yang mana harga yang dijual di Malaysia ini sekitar RM20 ke 25 sekilo. Tahukan anda berapa harga yang dijual sebelum sampai ke Malaysia?

Untuk pengetahuan semua daging yang ada dipasaran yang datang dari India adalah hanya sekitar RM5 ke 8 sahaja. Namun akibat dikuasai oleh mereka tauke tauke cina yang sudah memonopoly Business pembekalan daging ini maka harga yang sampai sudah melambung tinggi.

Projek Lembu yang diusahakan oleh NFC ini adalah bertujuan untuk mematikan langkah Tauke tauke Cina yang memonopoly pembekalan daging lembu dipasaran tempatan dan seterusnya memberikan rakyat Malaysia harga yang terrendah berbanding sekarang dan juga memastikan proses penyembelihan dan sebagainya adalah terjamin halal serta mutunya juga terbaik.

Jadi pembangkang merasakan projek Lembu ini Rugi dan sebagainya adalah tidak tepat kerana apa yang diusahakan telah terbukti berjaya walaupun Syarikat NFC menghadapi kesukaran demi kesukaran yang amat nyata dalam masa mereka membangunkan ladang Fidlot Negara.

Sebenarnya ramai orang Melayu tidak sedar bahawa banyak barangan keperluan kita telah dimonopoly oleh tauke Tauke Cina besar yang mana mereka selalunya sesuka hati menaikkan harga barang bekalan kepada peruncit dan peniaga. Ini bukan sahaja berlaku dalam isu jualan daging lembu malah melibatkan banyak barang makanan dan juga barangan lain.

Orang Melayu sepatutnya berasa bangga bila ada syarikat yang cuba menutup monopoly kaum Cina dalam bidang makanan sepertimana yang NFC lakukan. Kita inginkan barang yang berkualiti dan terjamin halalnya dan bukan kita beli dan masak serta makan tanpa mengetahui proses yang berlaku di India dimana Daging Lembu yang kita makan ini diimport dari sana. Sambung baca SINI

Projek melembukan rakyat ni sebenarnya di mulakan dari Saifudin Nasution dan jambu Anwar si Rafizi. Dua ekor lembu ni bersuara kononnya ada unsur-unsur kroni, napotisme dan seleweng dalam projek NFC ni. Walaupun syarikat ni masuk secara tender terbuka dan dibawah Syarikat sendirian berhad dan takdak kena mengena dengan kerajaan, namun dua ekor lembu ni tak sudah-sudah menuding jari membuat fitnah keatas kerajaan pusat.

Dua ekor lembu jantan dan di tambah pula dengan sekor lagi lembu betina si Zuraida 'mak lampir' tak sudah-sudah memfitnah projek NFC ini sebagai gagal. Ia tidak gagal, cuma ada masalah kelewatan, namun ia berjalan lancar. Apa masalah dengan 3 ekor lembu PKR ni? mental problem ka?

P/S PM:
Inilah masalahnya bila ada lembu dikalangan manusia..ada Akal taruk kat lutut PAS ..PIS ... PUSSS......

Tiada ulasan: