Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Ogos 2012

KIT SIANG KENCING TIANG BENDERA DPN RUMAH MB !!!!!!!!! ?


BenarkahPemimpin popular DAP Lim Kit Siang bahawa beliau pernah
kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.
Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah. Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei
Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.
Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan dan mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.
Shuhaimi – pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia – ketika dihubungi wartawan sebelum ini enggan mengulas perkara itu.

Tiada ulasan: