Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

AHLI PKR YANG MENDEDAH SALAH LAKU SAHAJA DIGANTUNG !!! BAGAIMANA DENGAN PEMIMPIN BESAR PKR ?

Adakah selepas ni ahli2 PKR berkemungkinan besar akan menutup mulut dari mendedah salah laku pemimpin mereka kerana takut di gantung keahliannya sahabat pm semua?
Semua 8 ahli PKR yang mendedahkan salah laku dalam Pemilihan PKR digantung keahlian termasuk S Manikavasagam yang dedah salah laku Khaled Ibrahim yang didakwanya merasuah ahli untuk mengundinya di dalam pemilihan PKR malah yang dikatakan bersalah pulak menjadi sebahagian dari yang pendengar dalam memutuskan keputusan itu

Bagaimana nak membersihkan Parti kalau yang di katakan bersalah mengadili orang yang mendedah kan salah laku pemimpin terutama Azmin Ali yang di lantik mempengurusikan dalam mesyuarat Biro Politik PKR sedangkan semua orang tahu pendedahan berkenaan beliau sebelum ini

Nampaknya mereka menggunakan Undang undang untuk menutup salah laku mereka kenapa jadi begini kita nilaikan sahabat PM semua
SHAH ALAM – Seramai lapan ahli PKR akan diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan tindakan digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan. 
Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata kesemua kes tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. 
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa anggota Biro Politik lain. 
Antara anggota PKR yang diambil tindakan adalah seperti berikut:

1) Mustapha Mohd Talib (Cabang Kuala Selangor)
Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dun Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras Dun Bukit Melawati.
 
Mustapha akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
2) S Manikavasagam (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor.
 
Kenyataan itu telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan akhbar Utusan Malaysia halaman 6, pada 12 Mei 2014. 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum. 
"Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
3) Bobinath Vello (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum.
"Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.
Bobinath akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
 
4) Monniza@Sarimah Abdul Ghani (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka.
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." 
Kenyataan itu telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, di halaman 7, bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus". 
Monniza@Sarimah akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
5) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan parti secara terbuka di laman Facebook beliau.
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum.
"Md Yusop akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
6) K Gunasekaran Kuppan (Cabang Hulu Selangor) 
Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. 
Tindakan itu melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang daripada mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti." 
K.Gunasekaran akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
7) Noor Azman Samsuri (Cabang Tanjung Karang) 
Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang. 
Noor Azman akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
8) Ahmad Jufliz Faiza (Cabang Setiawangsa)
Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik JPP dan parti secara terbuka.
 
Kesalahan itu merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." 
Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014. 
Ahmad Jufliz akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. ~SH

Pssstttmereka menggunakan Undang undang untuk menakutkan orang bawahannya mendedahkan salah laku mereka supaya selepas ini salah laku mereka tidak didedahkan pada media huuuhuuu ini kah parti yang menggelarkan parti mereka keADILAN rakyat persoalannya Rakyat di liwat dimana keadilannya

Tiada ulasan: