Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 19 Mac 2014

Simulator juruterbang masih dalam siasatan

image (60)SEPANG – Siasatan masih dijalankan terhadap perisian program simulator milik juruterbang  MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, Sabtu lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil siasatan akan diumumkan polis dalam masa terdekat.
“Semasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghadiri sidang media sebelum ini, tidak timbul perkara tersebut (simulator).
“Namun, saya percaya dalam masa terdekat ini polis akan memaklumkan hasil siasatan mereka berkenaan simulator kepada umum ,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Hari ini, media tempatan melaporkan siasatan kini dilakukan ke atas lima landasan lapangan terbang yang ditemui dalam perisian program simulator Zaharie.
Siasatan ke atas maklumat dan data penerbangan simulator yang dikendalikan Zaharie dikatakan paling penting, selain rekod penerbangan dengan MAS.
Antara perisian yang dikatakan telah diperiksa setakat ini ialah lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang markas tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia serta tiga lagi landasan India dan Sri Lanka yang kesemuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
Hishammuddin dalam sidang media semalam bagaimanapun menafikan menafikan pesawat MAS MH370 mendarat di Diego Garcia.

Tiada ulasan: