Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

MH370 FBI jangka selesai analisis simulator penerbangan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjangka dapat melengkapkan analisis data daripada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas dalam masa sehari dua lagi, lapor agensi berita AFP.
Agensi berita Perancis itu memetik Pengarah FBI, James B. Comey sebagai berkata bahawa pakar sedang bekerja 24 jam sehari untuk melengkapkan analisis mereka berdasarkan data yang diperoleh daripada simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang penerbangan MH370 tersebut.
Data itu diambil dari kediaman Zaharie di Shah Alam oleh sepasukan polis dari Bukit Aman pada 15 Mac lepas.
"Malaysia meminta bantuan kami dari segi keupayaan teknikal berhubung bahan forensik komputer tertentu yang diberi kepada kami. Usaha itu sedang berjalan. "Saya tidak mahu mendedahkan lebih lanjut dalam situasi terbuka seperti ini tetapi saya jangka usaha itu akan siap dalam masa terdekat, dalam sehari dua lagi,” kata Comey dalam mesyuarat subjawatankuasa Dewan Perwakilan di Washington, bagi membincangkan permohonan bajet FBI untuk 2015.
Comey juga tidak menyatakan sama ada hasil analisis akan didedahkan kepada umum. Pada 19 Mac, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor berkata, data di dalam simulator milik Zaharie merupakan log data daripada tiga jenis permainan penerbangan yang didapati telah dipadamkan pada 3 Feb.
Tiga permainan berkenaan ialah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'. - Bernama

Tiada ulasan: