DIKALANGAN keluarga penumpang pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari boleh dikatakan waris yang paling aktif di Twitter.
Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.
Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusitwithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.
Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.
Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.
Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.
Pelik juga perangai sebilangan manusia ini ya?
Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian. Sedih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan