Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Februari 2014

Saman 2 JUTA HJ Hadi: Keluarga Shamsul tetap berkeras – Anwar

Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan pihaknya cuba menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi keluarga bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin berkeras mahu meneruskan kes itu di mahkamah.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut, namun beliau berkata, pemimpin tertinggi PKR sudah memberikan nasihat supaya isu tersebut diselesaikan.
“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan,” katanya melalui laman Twitter miliknya hari ini.
Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.

Tiada ulasan: