Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 Februari 2014

Kes saman Abdul Hadi: PKR mahu selesai cara baik,namun Calon PKR yang di Fitnah Enggan

MUKTAMAR_PAS_221113_TMINAJJUA_02_hadi_awang_540_360_100Nasi sudah menjadi bubur itulah ungkapan yang sewajarnya diucapkan pada pimpinan Pas yang selama ini menuduh orang kaki fitnah dan akhirnya tuduhan itu kembali kepada mereka sendiri dan di dunia lagi sudah dibalas
Walaupun mereka cuba untuk menutup kes tersebut namun Rakyat semua sudah tahu apakah kesudahan jalan cerita tersebut
Walaupun pm dengar Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi jaminan kes saman RM2 juta melibatkan seorang pemimpin parti itu terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diselesaikan dengan baik.
Pendirian PKR itu dilihat sebagai langkah mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil Kajang di sebalik rasa tidak puas hati penyokong Pas terhadap tindakan bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Abdul Hadi namun Hakikatnya orang yang di fitnah tetap tegas mahu membersihkan namanya.
Walau pun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu sudah menasihatkan Mohd Shamsul supaya tidak menyaman Abdul Hadi, tetapi pemimpin PKR itu berdegil.
“Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.
“Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam mengarahkan Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Namun, portal The Malaysian Insider melaporkan, peguam Pas, Asmuni Awi menegaskan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya  bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.
Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, Shamsul memfailkan saman itu.

Tiada ulasan: