Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 16 Januari 2014

Roadshow Selamatkan Akidah - Isu Kalimah Allah


UMNO Selangor di bawah Dato' Zein Isma, Ketua UMNO Bahagian Subang / Ketua Penerangan UMNO Selangor telah mengatur siri Roadshow Selamatkan Akidah - Isu Kalimah Allah melibatkan 35 kawasan Dun yang ditandingi UMNO. Roadshow ini bermula pada 16 Jan - 28 Feb 2014 & segala persiapan akan diuruskan oleh UMNO Bahagian

Tarikh & Dun yang telah ditetapkan untuk siri roadshow tersebut ialah :-

1. 16 Jan - Semenyih.
2. 17 Jan - Batu 3.
3. 25 Jan - Bukit A'bangsa.
4. 1 Feb - Lembah Jaya.
5. 7 Feb - Meru.
6. 22 Feb - Paya Jaras.
7. 23 Feb - Kota Damansara.

Manakala lain-lain kawasan belum disahkan tarikh & tempat untuk diadakan roadshow ini. Sasaran kehadiran sekurang-kurangnya 500 orang.

Penceramah-penceramah yang terlibat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu dari sudut ancaman akidah dan juga Perlembagaan serta Undang-Undang Negara.

Senarai penceramah seperti berikut :-

1. Sudut Ancaman Akidah
- Normah Toha (JATI).
- Datuk Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK).
- Ismail Mina (MUAFAKAT).
- Rosdi Long (IKDDAS).
- Dr. Fathul Bari (Pemuda UMNO).
- Dr. Fadlan Othman (ILMU).
- Dato' Hasan Ali (JATI).
- Nasharuddin Mat Isa (Yayasan Nassar).

2. Sudut Perlembagaan Dan Undang-Undang Negara
- DS Noh Omar (Pengerusi UMNO Selangor).
- Datuk Zulkifli Nordin (Peguam).
- Adzliy Mohamad (Peguam).
- Dr. Yusri Muhammad (Pakar Undang-Undang Perlembagaan).
- Hasnal Rezua Merican (Peguam).
- Datuk Zainal Rijal (Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia).
- Azril Mohd Amin (Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia).

Tiada ulasan: