Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 7 Januari 2014

Imam tidak mengaku amal Syiah

download (30)MUADZAM SHAH – Seorang imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.
Tertuduh Abdullah Isa, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya  di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.
Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) September lalu menahan seorang imam yang dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun yang lalu di kuaters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini.
Dalam operasi yang diadakan pukul 2 petang itu, pihak Jaip turut merampas beberapa buah buku yang disyaki berkaitan Syiah, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu Karbala dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut Syiah.-SINAR

Tiada ulasan: