Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 17 Disember 2013

SAH, TIADA KENAIKAN TOL PLUS, ELITE, Linkedua, BKE dan Jambatan Pulau Pinang

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.
 (pinjam ayat headbomb.) hehe, pepun tol pihak swasta ye naik, realitinya naik di selangor yang banyak gilos tolnya, pendapat aku, setelah diberi muka kepada kiasu di selangor, bila tol naik kerajaan negeri pun ada share gak, gaji mb selangor naik, exco naik, adun naik, gaji naik mendadak, jadinya taktikal nak tarik sumber $$$ kena cerdik, dan bilamana hal ini terjadi, kerajaan pusat kita jadikan kambing hitam, keh keh...
macam-macam persepsi buruk di tuduh, nak palitkan keburukan yang maha dashyat terhadap kerajaan, dan sekarang hakikat naik, kita ajar melayu urban dan kiasu dibandar apa erti terima kasih!! maaf, setelah macam-macam bagi, undi melayu urban dan melayu zuhud serta kiasu tidak sama sekali diberikan kepada bn di selangor, kan selangor kaya, hambek!!! kalau bn perintah rasanya lain ceritanya, boleh lagi kawtim, so anda yang pilih.
kena sedar, sekarang ni kerajaan nak bantu melayu dan bumiputra dana berniaga dan membantu menambah pendapatan, selain itu kerajaan nak bantu melayu di desa habis-habisan, yang susah, InsyaAllah ada bantuan untuk mereka, melayu urban dan melayu zuhud takkan kisah hal ini, kepada melayu-melayu original dan bumiputra, sarankan pergi ke mana-mana pihak kementerian sediakan untuk dana berniaga dan dana beli rumah serta apa-apa lagi bantuan yang kerajaan nak bagi kepada kamu, rajinkan diri je ke kementerian berkaitan, kepada melayu urban dan zuhud anda boleh minta kepada dap, kerajaan selangor yang kaya nak mampos tu. hehe... (headbomb.blogspot)


Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat. 

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. 

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa. 

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Tiada ulasan: